Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] JDT gagal raih tiga mata

JDT gagal meraih kemenangan apabila seri 1-1 menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim.

Tuan rumah mendahului menerusi Syafiq Ahmad pada minit ke-21.

Namun Felda menyamakan kedudukan menerusi Frederic Bulot pada minit ke-51.

JDT turut mendapat sepakan penalti, namun percubaan Gonzalo Cabrera diselamatkan penjaga gol Felda, Muhaimin Mohamad.