Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Dominique Da Sylva pahlawan baharu Terengganu

Dominique Da Sylva menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan empat gol sekaligus menewaskan Kedah 4-3 di Stadium Darul Aman.

Da Sylva menjaringkan gol pertama pada minit ke-12 namun Kedah menyamakan kedudukan menerusi gol muntah yang disudahkan Renan Alves pada minit ke-19.

Tuan rumah berada di depan apabila Kpah Sherman menjaringkan gol pada minit ke-22.

 

Kedah melebarkan jurang jaringan apabila Kipre Tchetche menambah gol ketiga pada minit 61.

Namun tidak sampai minit ke-64, Terengganu berjaya mengurangkan jurang jaringan apabila Da Sylva menjaringkan gol kedua buat pasukannya.

Dengan perlawanan kurang 10 minit sahaja sebelum wisel penamat, Da Sylva membuat kejutan apabila menjaringkan hatrik pertama musim ini.

Tidak cukup dengan itu, Da Sylva berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Terengganu pada minit ke-84.

Kedah memperoleh banyak peluang di saat-saat akhir menerusi Kipre Tchetche, namun tetap gagal menembusi gawang Terengganu.

Kedah kini sudah tewas dua kali berturut-turut pada musim ini, sama nasib seperti Pahang.