Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Sabah tawan Felda United di Kota Kinabalu

Sabah meraih kemenangan pertama musim ini apabila menewaskan Felda United 3-1 di Stadium Likas.

Tuan rumah mendahului menerusi Rodoljob Paunovic pada minit ke-12.

Sabah menambah gol kedua menerusi Park Tae-su pada minit ke-38.

 

Namun Felda merapatkan jurang menerusi Khairul Amri pada minit ke-74.

Bagaimanapun tidak sampai lima minit, Sabah menambah gol ketiga menerusi Maxsius Musa.