Liga Super Malaysia Berita

B. Sathiananthan gembira Selangor dapat beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil

Di sebalik masalah bumbung yang dihadapi Stadium Shah Alam ketika ini, jurulatih Selangor, B Sathiananthan berpuas hati apabila pasukannya dapat beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi saingan Liga Super menentang Perak, Sabtu ini.

“Saya ada tengok padang dan saya nampak keadaannya baik,” katanya kepada The Star.

“Saya berterima kasih kepada pengurusan yang mencari penyelesaian secepat mungkin.

“Keadaan padang sudah cukup bagus untuk kami tapi kena ingat ada banyak lagi perkara lain perlu dibuat untuk meraih kemenangan.

“Saya harap keadaan padang tidak berubah sebelum bertemu Perak.

“Kita tak tahu bila cuaca akan berubah dan memberi kesan kepada padang.”

Menjelang perlawanan menentang Perak, Sathia berharap pasukannya dapat meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan itu nanti.

“Apa yang bagusnya di Selangor ketika ini adalah kita mempunyai pemain yang bagus di bahagian simpanan.

“Kami kalahkan Pahang minggu lepas tapi perlu tingkatkan lagi prestasi sebab kami boleh bermain dengan lebih baik.

“Keadaan padang tak ideal masa perlawanan tapi dari segi hantaran pun masih perlu diperbetulkan.

“Kami berjaya mengubah permainan kerana pemain simpanan tetapi lawan Perak akan lebih sukar, mereka baru sahaja menang besar di Terengganu.”