Liga Super Malaysia Berita

JDT tawar 100 tiket tetamu diraja kepada peminat!

JDT membuat kejutan apabila Presiden JDT, Tunku Tun Aminah mengumumkan bahawa kelabnya membuat keputusan untuk mengurangkan senarai tetamu diraja dan menawarkan 100 tiket edisi terhad untuk para penyokong bertuah bagi menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim esok.

Perkara ini dibuat selepas berlakunya kekecohan di kaunter stadium apabila terdapat penyokong yang kecewa terpaksa pulang tanpa tiket menyaksikan perlawanan JDT menentang Kedah.

“Kami ingin memohon maaf sekali lagi kepada semua penyokong di atas ketidakselesaan yang dihadapi untuk mendapatkan tiket perlawanan. JDT akan menambahbaik lagi sistem tiket di masa akan datang bagi memenuhi permintaan ramai.”

Dalam kenyataannya di Johor Southern Tigers, Tun Aminah turut menyatakan bagaimana untuk memenangi 100 tiket edisi terhad tersebut:

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi antara 100 penyokong bertuah tersebut perlu membuat ‘posting’ dengan ‘caption’ beserta foto yang menggambarkan perasaan cinta mereka kepada Johor Darul Ta’zim.

Sila ‘tag’ @OfficialJohor dan sertakan ‘hashtag’ #100luckyRoyalGuests di Twitter atau Instagram sebelum 10am, 28 Februari 2020.

Kelab akan memilih 50 pemenang yang akan memenangi 2 keping tiket edisi terhad Tetamu Diraja.

Kesemua 100 penyokong bertuah ini akan ditempatkan di tempat duduk berkerusi kulit yang terletak dibawah ‘Royal Box’ dan akan disajikan hidangan dari DoubleTree by Hilton.

 

Tambahnya, akan ada siaran secara langsung yang akan ditayangkan di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan kesemua daerah di negeri Johor bagi penyokong yang tidak berjaya mendapatkan tiket.