Liga Super Malaysia Berita

Tiket Piala Sumbangsih 2020 habis dijual

Setiausaha Kehormat Johor Darul Ta’zim (JDT), Kapten Mohd Anizam Jamian mengesahkan sebanyak 11,000 keping tiket telah habis dijual di kaunter tiket Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Menurut laman rasmi Johor Southern Tigers, baki tiket perlawanan pula diperuntukkan kepada pemegang Pas Bermusim (5,404), Jualan Dalam Talian (5,000), Boys of Straits (4,000), Pejabat Daerah (3,000), Kelab Penyokong JDT (1,200), Penyumbang Yayasan JDT (850), JDT (1,000), Malaysian Football League (500) dan para penaja (3,000).

800 tiket lagi diperuntukkan untuk penyokong Kedah.

Maknanya, jumlah keseluruhan tiket pada edisi 2020 adalah 35, 754 helai.

Namun, terdapat kekecohan yang berlaku di stadium dan ada peminat yang terpaksa pulang tanpa tiket.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada para penyokong disebabkan masalah seperti ini. Kami akan pastikan untuk berkongsi lebih banyak maklumat di masa akan datang bagi mengelakkan perkara-perkara seperti itu berlaku lagi,” kata Anizam.

JDT dan Kedah mempunyai sejarah tersendiri dalam Piala Sumbangsih.

Sejak 2015, JDT memenangi Piala Sumbangsih sebanyak empat kali manakala Kedah menjuarainya sebanyak tiga kali dengan yang paling terbaru adalah pada 2017.