Piala FA Malaysia Berita

Piala FA: Hafiz Kamal harap KL Rovers dapat cipta kejutan berdepan JDT

Wakil Liga M3, KL Rovers satu-satunya pasukan yang perlu berdepan cabaran paling getir apabila diundi bertemu juara enam kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pusingan kedua Shopee Piala FA 2020.

Pemain tengah KL Rovers, Hafiz Kamal, sedar tugas sukar menanti apabila bertemu pasukan bimbingan Benjamin Mora yang memiliki kualiti di setiap posisi.

“Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan ini adalah cabaran paling susah buat KL Rovers apabila kita bertemu dengan pasukan hebat seperti JDT.

“Namun ini juga kesempatan terbaik buat KL Rovers menguji kemampuan diri kami sendiri di mana kami berharap dapat mencipta kejutan ketika bertemu dengan mereka.”