Liga Super Malaysia

Piala Sumbangsih 2020: JDT tambah 300 tiket untuk penyokong Kedah

Setiausaha Eksekutif Kedah FA, Shahrul Samsudin mengesahkan JDT bersetuju untuk memberikan tambahan 300 tiket kepada penyokong Kedah, menjadikan tiket keseluruhannya 800 tiket pada Piala Sumbangsih 2020 pada Jumaat ini.

“Secara tak rasminya, kita mahu tambahan 300 tiket tapi permintaan ini dibuat secara lisan.

“Secara rasminya akan diumumkan esok. Kita ucap ribuan terima kasih kepada TMJ kerana memberikan peluang kepada penyokong Kedah.”

CEO MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan turut mengesahkan perkara tersebut.

Sebelum ini, Kedah meminta 1,000 tiket tetapi kini mereka akan mendapat 800 tiket.