Sejak tiba di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun 2014, karier Sadio Mane terus berkembang. Daripada pemain yang tidak dikenali, Mane kini muncul sebagai salah seorang penyerang terbaik yang ada di England. Bersama pemain dari benua Afrika yang lain seperti Mohamed Salah, Mane membuatkan Liverpool kembali disegani di Eropah. Sama seperti Salah, dia juga memiliki perbezaan dengan kebanyakan bintang di England.
Ia mungkin disebabkan ketika mula-mula tiba di EPL, dia menyertai Southampton, kelab yang terletak di pelabuhan dengan iklim yang tinggi dan corak imigrasi yang sesak. Mane tidak berdepan cabaran budaya serta kehidupan mewah di kota besar seperti London. Dia dapat menjalani kehidupannya seperti biasa.
Perpindahannya ke Liverpool jelas banyak membantunya. Liverpool juga merupakan adalah bandar pelabuhan, tidak banyak bezanya dengan keadaan semasa di Southampton. Penduduk di sana juga tampak menyenangkan. Disebabkan itu, dia tidak menghadapi sebarang isu pelik sewaktu tiba di Anfield. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai rakan sepasukan yang memiliki latar belakang sepertinya seperti Salah.
Anak imam masjid di Senegal yang soleh
Secara keseluruhan, Mane jelas berbeza dengan bintang lain di EPL. Lebih hebat, dia seorang yang memegang teguh kepada keyakinannya. Seperti maklum, Mane adalah pemain yang beragama Islam. Tatkala ramai pemain bola sepak cuba untuk mengikuti cara di Eropah, dia memilih untuk berpegang kepada agamaya.
Dalam satu sesi temubual, Mane mengatakan dirinya tidak pernah menyentuh alkohol, sesuatu yang sememangnya diharamkan oleh Islam. Dia juga mengakui menunaikan solat lima waktu. Baginya, Islam adalah sesuatu yang penting.
“Saya tidak menyentuh alkohol. Islam adalah sesuatu yang penting bagi saya. Saya sangat menghormati peraturan dalam Islam dan menjaga solat lima waktu.
“Di Senegal, 90 peratus penduduknya adalah Islam dan mungkin 10 peratus memegang agama Kristian tetapi kami hidup dalam suasana harmoni. Saya mempunyai rakan yang bernama Luke (Kristian) dan sering mengunjungi rumah antara satu sama lain. Tiada sebarang pertentangan antara agama dan kehidupan saya bermain bola sepak,” ujar Mane.
Pegangan Islam dalam diri Mane sangat kuat. Di kampung halamannya di Senegal, Mane merupakan anak lelaki buat seorang imam masjid di Bambali, sebuah kota kecil di Senegal. Apa yang menarik, ayahnya tidak pernah berdepan masalah untuk membenarkannya bergelar pemain bola sepak. Apa yang menjadi masalah apabila Mane mengikuti gaya hidup mewah dan berfoya-foya seperti bintang bola sepak yang lain, bahkan dia sangat menentang dengan keras apabila Mane mewarnakan rambutnya.
Bagaimanapun, akhirnya Mane membuatkan ayahnya berbangga. Walaupun semakin dikenali di Eropah, anaknya tidak melupakan kampung halaman. Mane menyumbang dana yang besar dalam membangun serta memperbesarkan masjid dimana bapanya menjadi imam. Dia juga memberi sumbangan besar untuk pembangunan infrastruktur di Bambali.
Dia diceritakan sangat mencintai dunia bola sepak. Fokus dan harapannya hanya kepada sukan itu. Dia juga dikatakan sukar disuruh untuk mandi, hanya kerana terlalu sibuk dengan bola sepak. Apa yang pasti, dia bukan sahaja membuat ayahnya dan penduduk Bambali berbangga tetapi seluruh Afrika dan masyarakat Muslim keseluruhannya. Sikap Mane telah berjaya membuktikan keperibadiannya, menolak segala kisah buruk serta aspek yang sering ditakuti oleh golongan imigrasi Afrika serta umat Islam.
Selamat hari ulang tahun, Sadio Mane!