Seminggu sahaja lagi sebelum liga bermula, tetapi Johor Darul Ta’zim FC seolah-olah tidak sabar untuk menjadi juara apabila membenam kelab Singapura, Balestier Khalsa dengan keputusan 7-0 di stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Diogo Luis Santo mempamerkan aksi menakjubkan apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-20, minit 63 dan minit 65.
Leandro Velazquez menambah gol keenam untuk JDT pada minit ke-72.
Pertahanan JDT, Aidil Zafuan turut menyumbang gol pada minit ke-53, diikuti dengan Mauricio pada minit ke-61.
Pemain gantian Hazwan Bakri sempat menambah gol terakhir perlawanan pada minit ke-78.
JDT bakal merasmikan Stadium Sultan Ibrahim esok, sebelum membuka tirai Liga Super dengan Piala Sumbangsih menentang Kedah pada 28 Februari.