Liga Super Malaysia Berita

Penyanyi British, Leona Lewis serikan perasmian Stadium Sultan Ibrahim

Johor Darul Ta’zim FC membuat kejutan apabila mengumumkan penyanyi terkemuka dari England, Leona Lewis bakal mengadakan persembahan di hari perasmian Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.

Lewis, 34, merupakan pemenang pertandingan realiti TV, X-Factor musim ketiga dan telah memenangi pelbagai anugerah.

Beliau cukup terkenal dengan lagu bergenre R&B, soul, pop serta elektronik.

Antara lagunya yang terkenal adalah Bleeding Love, You Are The Reason dan Better in Time.

Ini merupakan satu penghormatan buat JDT kerana penyanyi bertaraf antarabangsa sudi untuk mengadakan persembahan di sebuah majlis perasmian stadium bolasepak di Malaysia.