Matthew Davies dilaporkan menyertai JDT dengan bayaran perpindahan antara RM1 hingga RM2 juta, serta menandatangani tiga tahun kontrak bersama juara bertahan Liga Super Malaysia.
Nilai tersebut sekaligus menafikan dakwaan bahawa Matthew berpindah dari Pahang ke JDT dengan bayaran RM16 juta sebelum ini, satu nilai yang Matthew gelar sebagai “fake news”.
Bercakap sebagai pemain JDT buat pertama kali di Johor, pemain berusia 25 tahun itu berharap dapat meningkatkan lagi tahap permainannya pada musim ini.
“Saya sertai JDT untuk menang, mencipta sejarah dan saya cukup gembira dapat bekerjasama dengan jurulatih dan pengurus baharu.”
Matthew sedar, walaupun beliau mempunyai masa yang singkat untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharu, namun beliau tidak terlalu bimbang kerana sudah serasi dengan beberapa pemain JDT yang juga mewakili skuad kebangsaan.
“Namun begitu saya tetap perlu menyesuaikan diri dengan cara permainan JDT.
“Ia mimpi menjadi kenyataan kerana sebagai pemain, pemain terbaik mahu dikelilingi oleh pemain-pemain terbaik dan ini membuatkan kerja mereka menjadi lebih mudah.
“Ia adalah perkara biasa untuk seorang pemain yang mahu dikelilingi oleh pemain-pemain terbaik dan ini adalah mimpi menjadi kenyataan.”