Liga Super Malaysia Berita

Safawi Rasid mahu beraksi di luar negara, tapi hanya layan tawaran rasmi

Safawi Rasid sememangnya berazam untuk beraksi di luar negara satu hari nanti, namun beliau hanya akan melayan tawaran rasmi kerana beliau tetap menghormati kontraknya bersama JDT.

Pemain berusia 22 tahun itu mempunyai hasrat sedemikian supaya dapat meningkatkan lagi tahap permainan bolasepaknya sekaligus dapat menaikkan reputasi bolasepak Malaysia di mata dunia.

“Kalau boleh saya nak tawaran yang rasmi dari luar negara yang akan berurusan terus dengan JDT,” katanya kepada Arena Metro.

“Memang saya nak kembangkan bakat saya dalam bola sepak sebab ini adalah kehidupan saya. Saya mencari rezeki dengan bola sepak, jadi saya nak raih pengalaman lagi.

View this post on Instagram

❤️💙 HOME AND AWAY 🐅🐅 @officialjohor

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

 

“Kalau boleh saya nak pergi lebih jauh dan insya-Allah kalau ada rezeki saya akan buat lagi baik musim ini bersama JDT.

“Jika dapat peluang ke luar negara ia secara tak langsung juga akan membuka mata orang luar. Malah, bukan saya seorang, ramai lagi pemain Malaysia mampu bermain di luar negara.”

Safawi turut menghargai pujian yang diberikan oleh bekas pemain Liverpool, Jamie Redknapp yang menganggap gaya permainan Safawi mirip penyerang Liverpool, Mohamed Salah, namun enggan terlalu hanyut dengan pujian tersebut.

“Saya nak ucap terima kasih sebab beliau cakap macam itu. Saya macam terharu dia samakan saya macam Salah, tapi sejujurnya saya tidaklah sehebat Salah.

“Saya cuma jadi diri saya sendiri dan saya tak boleh ‘melayang’ dengan pujian itu. Tapi, apa yang beliau katakan akan buat saya lagi bersemangat untuk buat lagi…buat lagi…buat lagi.

“Saya tak akan puas dalam bola sepak dan akan cuba sebaik mungkin demi pasukan negara dan kelab yang saya wakili.”