Eropah Berita

[VIDEO] Son digantung

 Pemain sayap Tottenham Hotspur, Heung Min Son digantung tiga perlawanan selepas dilayangkan kad merah pada pertembungan diantara Spurs dan Chelsea hujung minggu lalu. Insiden yang melibatkan ketua pasukan Korea Selatan itu dengan pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger.

Ini merupakan layangan kad merah kedua yang dikutip Son dalam tempoh dua bulan. Sebelum ini, Son dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain tengah Everton, Andre Gomes. Kekasaran keatas Gomes juga telah menyebabkan pemain itu mengalami kecederaan yang mengerikan sekaligus memaksa pemain antarabangsa Portugal itu untuk melupakan baki perlawanan pada musim ini.

Son akan menjalani penggantungan tiga perlawanan dan bakal terlepas aksi menentang Brighton and Hove Albion, Norwich City, dan Southampton. 

Jika sebelum ini penggantungan terhadapnya ketika menerima layangan kad merah ditarik balik namun kali ini penggantungan tiga perlawanan tetap akan diteruskan walaupun wakil daripada pasukan Spurs telah membuat rayuan.

Skuad bimbingan Jose Mourinho menghadapi sedikit kesulitan di bahagian pertahanan yang mana menyaksikan mereka hanya mencatatkan satu perlawanan tanpa bolos daripada lapan perlawanan dalam semua kejohanan. Disamping itu, Spurs juga gagal memberi saingan kepada pasukan gergasi seperti Bayern Munich, Manchester United, dan Chelsea.