Eropah Berita

[VIDEO] Ancelotti teruja dengan tugasan pertama

Pengendali baru Everton, Carlo Ancelotti teruja bagi menghadapi perlawanan pertama bersama pasukan barunya. Everton akan menjadi tuan rumah kepada Burnley pada perlawanan yang dijadualkan malam ini.

Bekas pengendali Napoli itu menyifatkan perlawanan pertama itu ibarat hari pertama di sekolah. Ancelotti dilihat menjadi penonton ketika aksi Everton menentang Arsenal pada hujung minggu lalu. Pengendali dari Itali itu turut berasa gembira dengan sokongan yang diberikan oleh para penyokong buat masa ini.

Sementara itu, Ancelotti mengesahkan pemain bahagian serangan, Alex Iwobi akan diketepikan dalam perlawanan pada malam ini ekoran kecederaan hamstring yang dihadapi ketika menentang Arsenal. Selain daripada itu, Morgan Schneiderlin juga masih belum daripada kecederaan dan akan direhatkan daripada dua perlawanan iaitu menentang Burnley dan Newcastle United.

Bekas penyerang Juventus, Moise Kean dilihat bakal mendapat tempat dibawah kendalian Carlo Ancelotti. Gandingan penjaring terbanyak Everton, Richarlison dan pemain muda Itali itu bakal memberikan hasil positif kepada The Toffees.

Sepanjang 11 pertemuan diantara Everton dan Burnley sebelum ini tidak pernah berakhir dengan keputusan seri.