Liga Premier Malaysia Berita

Nazrin Nawi mahu kembalikan kegemilangan Kelantan

Walaupun tidak pernah beraksi dengan pasukan negeri kelahiran sepanjang karier, Nazrin Nawi menganggap beliau masih belum terlambat untuk menyarung jersi Kelantan.

Di usia 31 tahun, Nazrin mahu membuktikan pengalamannya beraksi di Perak, JDT dan Melaka serta ketika mewakili skuad kebangsaan dapat digunakan sepenuhnya bersama pasukan baharunya.

“Saya mahu membantu skuad ini berada di landasan terbaik yang pernah dikecapi penyokong setia pasukan sebelum ini,” katanya kepada Arena Metro.

“Dengan gabungan barisan pengurusan, jurulatih, pemain tempatan dan import sudah pasti kejayaan mampu direalisasikan.

Nazrin hampir menyertai Kelantan pada penghujung 2013 atas persefahaman bersama namun beliau membuat keputusan untuk menyertai JDT.