Kolum Eropah

Leno tegur rakan sepasukan

Prestasi semasa Arsenal begitu membimbangkan apabila hanya mencatat satu kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir dalam semua kejohanan. Situasi dalam kem skuad The Gunners juga nampaknya wujud masalah.

Penjaga gawang utama, Bernd Leno menegaskan bahawa masalah utama dalam pasukan pada masa ini ialah para pemain sendiri. Dia juga percaya masalah bukan berpunca pada pengurus pada ketika ini.

Leno merupakan antara tonggak yang memainkan peranan penting terutama kepada barisan pertahanan pasukan. Walaupun secara purata, Arsenal mencatat 1.56 gol bolos pada setiap perlawanan. Bahkan tanpa Leno, Arsenal berkemungkinan besar akan bolos lebih banyak gol.

‘’Mentaliti pemain perlu diubah segera. Ini bukan masalah yang berpunca daripada jurulatih’’.

Krisis dalam skuad utara London itu semakin memuncak ekoran kekalahan 3-0 keatas Manchester City pada Ahad lepas. Ia menjadi semakin parah apabila menyaksikan barisan pemain Arsenal yang bermain dengan sambil lewa sepanjang perlawanan.

‘’Pada saat ini perlu diakui wujud jurang diantara kami dan pasukan di puncak liga. Kami memiliki kualiti tetapi kurang pada intensiti dan tidak segar dalam minda’’, tambahnya lagi.

Bekas penjaga gol Bayer Leverkusen berpendapat para pemain perlu mengubah sesuatu dalam pemikiran dikalangan pemain. Pemain berusia 27 tahun itu turut memberi sokongan penuh kepada pengendali sementara, Freddie Ljungberg dalam mengemudi pasukan.

Dalam pada itu, Arsenal dijadualkan akan bertemu Olympiacos pada pusingan 32 pasukan terakhir Liga Eropah pada Februari depan.