Liga Super Malaysia Berita

Matyo bakal jadi watak penting di Kuching FA

Selepas dilepaskan oleh Pahang, Norshahrul Idlan Talaha dilaporkan akan menyertai Kuching FA pada musim depan.

Kuching FA baharu sahaja layak ke Liga Perdana selepas menewaskan seteru utama Sarawak FA 3-1 dalam perlawanan penentuan.

Kejayaan itu menaikkan semangat pasukan dari Borneo itu untuk melakar lebih banyak pencapaian.

Dengan saingan Liga Perdana yang akan menjadi lebih sengit, Kuching FA memerlukan pemain berkualiti untuk bersaing di liga kedua tertinggi di negara ini.

Perkara itu dibuktikan dengan sebuah gambar yang dimuatnaik di laman media sosial menunjukkan Presiden Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman sedang mengadakan pertemuan dengan Matyo di lokasi yang tidak diketahui.

Namun jika ia direalisasikan, Matyo akan menyertai pasukan yang diketuai oleh Joseph Kalang Tie, yang pernah menjadi rakan sepasukan ketika di Terengganu pada 2016.