Liga Super Malaysia Berita

Babacar Diallo jentera pertahanan baharu Terengganu

Pemain pertahanan berasal dari Senegal, Babacar Diallo menjadi pemain import baharu Terengganu bagi musim 2020.

Pemain berusia 30 tahun itu akhirnya hadir bagi menggantikan Igor Zonjic yang sudah dilepaskan sejak Jun lalu, memaksa Terengganu beraksi di Piala Malaysia tanpa pertahanan import.

Ini kali pertama Diallo berkelana ke Asia selepas lama beraksi di Eropah.

Kali terakhir adalah beliau beraksi bersama KuPS FC di Liga Finland dan sempat beraksi di pusingan kelayakan Europa League.

Nampaknya desas-desus yang mengatakan Vincent Bikana bakal kembali ke Terengganu nampaknya tidak kesampaian.

Dalam pada itu ketua jurulatih Nafuzi Zain berkata tumpuannya sekarang adalah untuk membina keserasian antara pemain dalam membentuk pasukan yang boleh bermain dalam satu unit dan Babacar adalah antara watak penting dalam proses untuk memantapkan semua posisi pasukan.