Malaysia Liga Super Malaysia

Irfan Zakaria mula sertai latihan

Pemain pertahanan tengah, Irfan Zakaria yang baru pulang dari Manila selepas skuad B-22 negara terkandas pada peringkat kumpulan Sukan SEA 2019 telah menyertai latihan rasmi bersama pasukan barunya, Kedah petang semalam.

Posted by FA Kedah on Sunday, 8 December 2019

Irfan sebelum ini berkhidmat bersama Kuala Lumpur telah mengesahkan akan beraksi bersama skuad Helang Merah selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang tonggak baru pasukan. Pemain berusia 24 tahun itu pernah beraksi bersama skuad B-23 kebangsaan pada tahun 2017 sehingga 2018.

Pertahanan kental dan tinggi lampai ini akan menjadi penguat kepada benteng pasukan Hijau Kuning yang sebelum ini dikemudi oleh Shakir Hamzah dan Renan Alves. Keputusan pihak pengurusan untuk membawa masuk pemain ini juga merupakan satu keputusan yang tepat.

Ini kerana Kedah kehilangan khidmat Renan Alves yang digantung perlawanan akibat kutipan kad kuning sebanyak dua kali pada musim lepas. Ketiadaan pengganti yang sekufu sedikit sebanyak merencatkan taktikal ketua jurulatih, Aidil Sharin.

Disamping itu, Irfan juga mampu untuk menimba pengalaman bersama skuad Helang Merah yang akan beraksi pada pusingan kedua Kelayakan Liga Juara-Juara AFC sebelum melayakkan diri ke peringkat kumpulan.