Eropah Berita

[VIDEO] Mourinho kecundang di ‘rumah lama’

Tottenham Hotspur tewas 2-1 di tangan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Ketua Jurulatih Spurs, Jose Mourinho yang kembali ke Old Trafford berputih mata selepas melihat skuadnya kecundang.

Ini merupakan perlawanan ketiga dalam liga buat Mourinho dan kekalahan pertama sejak mula membimbing Spurs pada bulan lepas. Dua gol jaringan Marcus Rashford sekaligus memberikan tiga mata berharga buat The Red Devils yang sebelum ini seri dalam dua perlawanan berturut-turut.

‘Saya rasa mereka berhak untuk menang kerana mereka bermain dengan lebih baik dan mereka tidak melakukan kesilapan seperti yang kami lakukan ketika melepaskan gol kedua’, katanya lagi.

Spurs memperoleh gol tunggal menerusi jaringan pemain tengah, Dele Alli pada babak kedua permainan. Kekalahan tersebut sedikit sebanyak merencatkan rentak Spurs yang sebelum ini menang dua kali berturut-turut ketika bertemu West Ham United dan Bournemouth.

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer pastinya gembira dengan keputusan yang diperolehi ekoran desas-desus yang mengatakan dia akan dipecat sekiranya tewas dalam dua perlawanan yang akan datang.