Luar Negara Berita

Bert Van Marwijk dipecat UAE

Walaupun UAE berjaya menewaskan Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, mereka membuat keputusan untuk menamatkan kontrak jurulatihnya Bert Van Marwijk.

Namun keputusan itu mungkin dibuat selepas tersingkir daripada Piala Negara Teluk.

Pasukan dari rantau Arab itu tewas kepada Qatar 4-2, perlawanan penting dalam peringkat kumpulan bagi melayakkan diri ke separuh akhir.

Van Marwijk dilantik sebagai ketua jurulatih UAE awal tahun ini, menggantikan Alberto Zaccheroni.

Pasukan itu kini di tangga keempat kumpulan dalam pusingan kedua pusingan kelayakan Asia, lima mata di belakang pendahulu Vietnam namun kelebihan satu perlawnaan.

Perlawanan kelayakan seterusnya buat UAE adalah menentang Malaysia pada 26 Mac depan.