Malaysia Berita

Malaysia elak kumpulan maut di undian Piala AFF Suzuki 2018

Malaysia berjaya mengelak daripada diletakkan dalam kumpulan maut ketika undian Piala AFF Suzuki 2018 yang diadakan tadi di Jakarta.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama juara 2008 Vietnam, pasukan yang mengecewakan pasukan negara pada tahun 2016 Myanmar, Kemboja dan Laos

Kumpulan B pula bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara juara bertahan Thailand, finalis Piala AFF Suzuki 2016 Indonesia, Filipina yang layak ke Piala Asia, juara empat kali Singapura dan salah satu daripada Brunei dan Timor Leste yang akan beraksi dalam pusingan kelayakan.

Kali terakhir Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki adalah pada tahun 2010 dengan kali terakhir beraksi di pentas akhir pada tahun 2014.

Piala AFF Suzuki akan berlangsung pada 8 November sehingga 15 Disember 2018 di mana edisi kali ini akan menyaksikan perubahan pada format di mana kesemua negara akan beraksi dua kali di tempat sendiri dan dua kali di tempat lawan.