Luar Negara Eropah

Pertalian di antara Zidane dan Liga Juara-Juara yang lebih indah berbanding Twilight

Zinedine Zidane dan Liga Juara-Juara Eropah jelas sehaluan. Sejak menggantikan Rafael Benitez pada Januari musim 2015/16, dia belum pernah tersingkir daripada pusingan kalah mati. Ya, selama dua tahu, Zizou berjaya membawa Los Blancos ke puncak. Daripada sembilan aksi di pusingan kalah mati (tidak termasuk final), tiada satu perlawanan yang gagal dilepasi Zidane. Secara keseluruhan, terdapat lapan pasukan yang cuba menyekat mereka.

Lawan pertama yang mereka hadapi di Liga Juara-Juara adalah AS Roma ketika pusingan 16 terakhir. Menentang skuad ibu kota Itali itu, Zizou tidak berdepan masalah untuk melayakkan diri ke suku akhir dengan mudah. Kejayaan itu membawakan mereka diundi menentang Vfl Wolfsburg di suku akhir. Walaupun ketinggalan 2-0, Zidane berjaya mengemudi kebangkitan pasukannya untuk menang 3-0 di Santiago Bernabeu.

Manchester City menjadi lawan mereka di separuh akhir. Selepas beraksi di laman lawan dengan keputusan 0-0, Los Blancos mengesahkan tiket ke final apabila menang tipis 1-0 dalam aksi timbal balik di tempat sendiri. Di peringkat akhir, Zizou dan anak didiknya menundukkan Atletico Madrid untuk meraih trofi Liga Juara-Juara pertama selaku pengurus.

Dalam musim berikutnya, masih tiada pasukan yang mampu menyingkirkan mereka di pusingan kalah mati. Mereka menang dua kali dalam pertemuan dengan Napoli dan Bayern Munich untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Tiket final disahkan walaupun tewas di tangan Atletico dalam separuh akhir kedua. Tiba di final, Juventus jelas tidak mampu menyekat Madrid, membolehkan Zidane dan pasukannya menjulang trofi itu kali kedua berturut-turut.

Zidane kembali bertahan dan melayakkan diri ke final pada musim ini. PSG jelas bukan lawan mereka apabila menang kedua-dua pertemuan ketika pusingan kedua dengan mudah. Juventus yang hampir menyingkirkan mereka juga kempunan akibat gol penalti saat akhir Cristiano Ronaldo. Lewat malam tadi, Zizou memastikan satu lagi aksi final di Liga Juara-Juara selepas mengatasi Bayern 4-3 menerusi agregat.

Tidak salah jika dikatakan hubungan Zizou dan Liga Juara-Juara adalah sebuah kisah cinta yang melebihi Twilight.