Malaysia Berita

Tiga mata berharga buat Malaysia

Skuad B-22 negara akhirnya memperoleh tiga mata pertama dalam kejohanan Sukan SEA 2019 selepas mudah menewaskan Timor Leste 4-0 di Stadium Memorial Rizal malam tadi. Dua gol jaringan penyerang tinggi lampai, Hadi Fayyadh manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Akhyar Rashid dan gol sendiri oleh pemain Timor Leste, Filomeno Junior Da Costa.

Walaupun mendapat kemenangan pertama, anak buah Datuk Ong Kim Swee perlu segera mengubah corak permainan yang dilihat sedikit mengecewakan. Malaysia juga bernasib baik atas ketumpulan barisan serangan pasukan yang lawan yang beberapa kali memperoleh peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Taktikal Datuk Ong Kim Swee yang menggunakan tiga pertahanan juga tidak meyakinkan apabila beberapa kesilapan mudah dibuat pada perlawanan malam semalam. Skuad muda negara seharusnya memanfaatkan untuk mendapatkan sebanyak gol yang mampu ketika aksi semalam selepas mereka tewas dan seri pada dua perlawanan pertama.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia di tangga ketiga dengan berkongsi mata bersama-sama Kemboja dan Filipina. Misi getir buat Malaysia yang wajib menang pada perlawanan terakhir menentang Kemboja serta menjaringkan sebanyak gol yang mampu manakala mengharapkan Filipina tercicir mata pada perlawanan terakhir kumpulan A.

Kedudukan Kumpulan A Sukan SEA 2019 (Bola Sepak Lelaki) Selepas Hari Perlawanan #4, 2 Disember 2019 * Seterusnya Hari…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Monday, 2 December 2019

Dalam pada itu, Myanmar telah pun melayakkan diri ke pusingan seterusnya setelah memungut 10 mata daripada tiga perlawanan sekaligus mengungguli kumpulan A.