Malaysia Berita

Kim Swee harap anak buah kekal rentak

Ketua Jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya untuk kekal momentum kemenangan selepas berjaya membenam Timor Leste 4-0 pada perlawanan ketiga kumpulan A di Stadium Memorial Rizal malam semalam.

Datuk Ong Kim Swee berkata tiga mata dan empat gol yang sangat bermakna serta mampu memberikan sinar harapan untuk layak ke pusingan seterusnya. 

‘Untuk perlawanan hari ini, kita bertuah kerana barisan serangan Timor Leste terlepas beberapa peluang dan Haziq Nadzli beraksi dengan baik’, katanya lagi.

Kim Swee turut menegaskan perkara yang paling mustahak pada saat ini ialah untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan menentang Kemboja manakala soal untuk mendapatkan jaringan yang besar adalah perkara kedua. 

Esok akan menjadi hari penentu buat kumpulan A yang mana menyaksikan tiga pasukan masih lagi berpeluang untuk layak ke pusingan seterusnya seandainya berjaya mencipta kemenangan. Malaysia, Kemboja, dan Filipina adalah tiga pasukan yang akan merebut satu lagi slot kumpulan A yang akan ditentukan sejurus selepas tamat perlawanan pada hari esok.