Eropah Berita

Lewandowski gempur lagi

Robert Lewandowski terus unggul dengan peranan mesin gol di Bayern Munich setelah membantu pasukannya menewaskan Olympiacos 3-2 awal pagi tadi. Lewandowski menyumbang dua gol sebelum Corentin Tolisso menghadiahkan gol kemenangan menerusi satu jaringan cantik luar kotak dari luar kotak penalti.

Dua hari lepas, Tolisso diserang penyakit jantung tetapi dia bangkit pada perlawanan semalam dengan menyumbang gol kemenangan. Pastinya gol yang begitu bermakna buat pemain Perancis tersebut.

(Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images)

Kemenangan ketiga berturut-turut itu terus meletakkan Bayern di tangga teratas kumpulan B dengan kutipan sembilan mata selepas mengharungi tiga perlawanan. Sebelum ini, Bayern gagal mengutip mata penuh dalam dua perlawanan Bundesliga dan menyebabkan mereka tergelincir ke tangga ketiga.

Gandingan mantap Philippe Coutinho, Serge Gnabry, dan Thomas Muller begitu membantu Lewandowski yang bertindak sebagai penyerang tunggal di barisan serangan. Taktikal Niko Kovac ini begitu menjadi ketika menentang Tottenham Hotspur beberapa minggu lepas.

Pemain berusia 31 tahun itu masih belum gagal menjaringkan gol dalam semua perlawanan yang terlibat. Setakat ini, Lewandowski mendahului carta senarai penjaring terbanyak Bundesliga dengan 12 gol, meninggalkan pencabar terdekat iaitu Timo Werner dengan enam gol. Statistik juga menunjukkan pemain antarabangsa Poland ini telah mencipta 34 percubaan tepat bagi musim ini dan dia mampu menghasilkan satu gol dalam 58 minit.