Kolum Eropah

Real Madrid jadi mangsa, Barca menang bergaya

Real Madrid menjadi mangsa yang terkorban apabila tewas 1-0 ketika menentang Real Mallorca. Kekalahan pertama skuad Los Blancos itu sekaligus mencalarkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan liga musim ini. 

Sebelum ini, pendahulu liga dalam saingan eropah seperti Inter Milan, Bayern Munich, dan Paris Saint Germain (PSG) terlebih dahulu menerima nasib yang sama apabila gagal mengekalkan rekod kemenangan dalam saingan liga masing-masing.

Beraksi tanpa beberapa tonggak utama seperti Gareth Bale, Luka Modric, dan Toni Kroos sedikit sebanyak mengganggu taktikal dan kelancaran corak permainan anak buah Zinedine Zidane ini. Gandingan Luka Jovic dan Karim Benzema juga gagal membawa hasil buat pasukan. Percubaan terbaik Real Madrid hadir menerusi Karim Benzema tetapi hanya sekadar singgah di palang gol pasukan lawan.

Sebaliknya pasukan tuan rumah memanfaatkan satu-satunya peluang yang dimiliki apabila Lago Junior menjaringkan gol tunggal perlawanan seawal minit kesembilan. 

Real Madrid menguasai perlawanan dengan penguasaan bola sebanyak 64% serta membuat 14 percubaan gol. Namun gagal memecah kebuntuan pasukan tuan rumah. 

Kekalahan pertama Real Madrid itu menyaksikan mereka jatuh ke tangga kedua liga, satu mata dibelakang Barcelona.

Dalam pada itu, Barcelona mencatat kemenangan selesa 30-0 keatas Eibar. Gandingan mantap tiga serangkai Antoine Griezmann, Luis Suarez, dan Lionel Messi semakin merbahaya apabila ketiga-tiga pemain tersebut mencatat nama sebagai penjaring dalam perlawanan tersebut.

(Photo by Pressinphoto/Icon Sport via Getty Images)

Gandingan tiga pemain itu akan sentiasa menjadi igauan buat pasukan lawan jika Barcelona terus konsisten mempamerkan persembahan cemerlang.