Kolum Eropah

Jaringan ala Beckham di Rusia!

Pada awal bulan Oktober lalu, satu jaringan cantik ala ala jaringan David Beckham telah terhasil dalam satu pertembungan diantara FC Ufa dan Akhmat Grozny. Kedua-dua pasukan bersaing dalam Liga Perdana Rusia.

Gol tunggal Akhmat Grozny yang dijaringkan oleh Wilker Angel mencuri perhatian kerana dilihat mirip jaringan bekas bintang Manchester United, David Beckham. Rembatan kaki kanan Angel yang mengelirukan penjaga gawang berjaya menerjah jaring pada minit kesembilan perlawanan.

Kemenangan ketiga Akhmat Grozny dibawah kendalian Igor Shalimov itu kembali menghidupkan peluang mereka yang kini berada dalam zon penyingkiran. 

Persoalan yang timbul disini pastinya mengenai kualiti gol yang dihasilkan. Adakah gol jaringan Angel ini akan tersenarai bagi Anugerah Puskas yang akan datang?