Ahad ini akan menyaksikan pertembungan diantara Manchester United dan Liverpool. Kedua-dua pasukan hadir dengan misi yang berbeza.
Bagi skuad kendalian Jurgen Klopp, mereka memburu kemenangan kesembilan berturut-turut dan dalam pada sama mampu menjarakkan lagi kedudukan. Liverpool mendahului carta Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 24 mata.
Berita baik juga menyusul buat The Reds yang bakal mendapat kembali sentuhan penjaga gawang utama, Alisson Becker yang pulih daripada kecederaan. Ketiadaan Alisson begitu memberi kesan kepada benteng pertahanan yang sudah dibolosi sebanyak enam kali.
Anak buah Ole Gunnar Solksajer pastinya mahu bangkit daripada kekalahan yang menimpa mereka ketika bertemu Newcastle United. Setakat ini, United sudah tewas sebanyak tiga kali.
Malah, The Red Devils dilihat agak layu jika beraksi di tempat lawan. Pemain-pemain agak bergelut untuk mendapatkan jaringan gol. Berita terbaru mengenai kecederaan pemain di kem United nampak seperti menunjukkan tanda-tanda negatif.
Penjaga gol, David de Gea mengalami kecederaan dalam aksi bersama pasukan kebangsaan Sepanyol ketika menentang Sweden. Seorang lagi bintang United, Paul Pogba juga akan diketepikan kerana masih belum pulih sebelumnya. Sebelum ini Pogba beraksi pada perlawanan menentang Arsenal.
Beberapa pemain utama yang lain seperti Aaron Wan Bissaka, Luke Shaw, Anthony Martial, dan Eric Bailly juga terpaksa diketepikan. Solksjaer dijangkan akan sekali lagi menaruh kepercayaan kepada pemain-pemain muda termasuklah Tahith Chong dan Axel Tuanzebe.
Mampukah Manchester United menyekat kemaraan Liverpool di Old Trafford? Atau Liverpool bakal menjadikan United mangsa seterusnya