Kolum

Malaysia vs UAE – Lima perkara yang berlaku malam ini

Skuad negara terpaksa akur dengan kekalahan tipis 2-1 ke atas UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol pendahuluan melalui Syafiq Ahmad seawal minit pertama masih gagal memberikan kemenangan selesa buat skuad negara apabila UAE berjaya bangkit pada separuh masa kedua dengan jaringan kemenangan oleh Ali Makhbout.

Lautan penyokong

Perlawanan malam ini menyaksikan lebih 43,000 ribu penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada skuad negara. 

Biarpun gagal mencatat kemenangan, sorakan dan dokongan penyokong harus mendapat pujian apabila setia memberi motivasi kepada skuad negara bagi menghadapi skuad Emeriah Arab Bersatu.

Satu pertukaran

Tan Cheng Hoe melakukan satu pertukaran pemain dengan memasukkan Mohamadou Sumareh sebagai pemain utama. Sumareh yang masuk menggantikan Hadin Azman pada pertemuan dengan Indonesia sebelum ini telah berjaya membantu skuad negara mencatat kemenangan pertama ke atas Indonesia.

Gerakan beliau pada separuh masa pertama dan kedua sesekali berjaya mengucar kacirkan benteng pertahanan skuad UAE.

Ultras Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menyediakan kawasan khas buat Ultras Malaya bagi menghargai usaha mereka ketika turun memberi sorakan kepada skuad negara di Stadium Gelora Bung Karno.

Biarpun sebelum ini kawasan tersebut memang telah lama menjadi kawasan Ultras Malaya bersorak menyokong skuad negara, namun kelainan kali ini adalah apabila FAM sendiri telah mengumumkan kepada orang ramai bahawa kawasan mana yang bakal diduduki oleh ultras Malaya.

Ali Makhbout

Malaysia dikecewakan dua kali oleh Ali Makhbout yang mencetak nama selaku penjaring buat skuad UAE. Gol pertama beliau hadir di akhir minit separuh masa pertama melalui hantaran di sebelah kanan yang disambut dengan tandukan untuk menewaskan Farizal Marlis.

Gol kedua beliau hadir pada minit ke 75 selepas Shahrul Saad gagal membuang bola seterusnya memberikan laluan mudah buat Makhbout untuk menjaringkan gol.

Minit akhir perlawanan

Selepas ketinggalan 2-1, skuad kendalian Tan Cheng Hoe cuba mencari gol penyamaan dengan meletakkan Syamer Kutty, J Parthiban dan Akyar Rashid di depan dengan menggantikan Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha dan Syafiq Ahmad.

Asakan demi asakan diberikan oleh bahagian serangan Malaysia dengan dibantu oleh bahagian tengah dan pertahanan Malaysia. Tetapi pertahanan kental UAE jelas menafikan sebarang peluang yang hadir.