Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo telah menjadi pemain pertama dari Eropah untuk menjaringkan 90 gol di peringkat antarabangsa.
Pemain berusia 34 tahun itu telah menjaringkan empat gol untuk Portugal dalam perlawanan Kelayakan Kejohanan Eropah menentang Lithuania semalam di mana ianya adalah perlawanan ke 160 beliau untuk Portugal.
Ini bermaksud, lagenda Manchester United dan Real Madrid tersebut juga telah merekodkan sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol menentang 40 negara yang berbeza.
Cristiano Ronaldo is the first player to score against 40 different nations. 🐐
🇷🇸🇧🇦🇳🇿🇪🇸🇧🇪🇷🇺🇰🇿🏴🇱🇻🇨🇾🇦🇿🇩🇰🇬🇷🇸🇪🇦🇷🇵🇱🇨🇿🇵🇦🇮🇷🇫🇮🇭🇷🇬🇭🇲🇦🇪🇨🇮🇸🇸🇦🇦🇩🇱🇺🇪🇬🇭🇺🇯🇪🇳🇱🇪🇪🇨🇭🇨🇲🇫🇴🇦🇲🇸🇰🇰🇵🇱🇹
— Cristiano Ronaldo Fans (@TheRonaldoTeam) September 10, 2019
Juara lima kali Ballon d’Or telah mencapai prestasi yang luar biasa sepanjang karier beliau sebagai pemain profesional.
Penyerang Juventus juga telah merekodkan lapan hatrik untuk negaranya termasuk ketika menentang Lithuania semalam.
Dia membuka jaringan pada minit ketujuh dan kemudia menjaringkan tiga lagi gol dalam masa 15 minit untuk menuntut kemenangan 4-1.