Kolum

Media sosial dan pemain bola sepak

Gaya hidup pemain bola sepak pada zaman kini kian berubah. Hari demi hari, dunia teknologi semakin maju ke hadapan. Kehidupan pemain bola sepak pada hari ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan pemain bola sepak yang terdahulu. Kecanggihan teknologi seiring dengan kemewahan hidup mampu menjadi penyebab kejayaan ataupun kemusnahan kepada pemain bola sepak.

Di zaman arus pemodenan, media sosial merupakan salah satu medium penting dalam kehidupan. Ianya juga mengandungi seribu satu manfaat andai digunakan dengan cara dan gaya yang betul.

Antara manfaat yang boleh diketengahkan seperti menjadi penghubung kepada keluarga atau kawan yang jauh serta memberi peluang untuk berinteraksi bersama peminat secara dekat.

Namun begitu, sikap segelintir pemain bola sepak tempatan yang gagal memanfaatkan media sosial tatkala mula mencipta nama di arena bola sepak tempatan mahupun antarabangsa menjadi penyebab mereka gagal untuk terus menyinar.

Terdapat tiga perkara yang perlu dielakkan oleh mana-mana pemain bola sepak yang ingin berjaya dalam jangka masa yang panjang. Tiga perkara tersebut ialah populariti, wanita, dan wang.

Hari ini, laman media sosial pemain bola sepak boleh dikategorikan sebagai ruang meraih populariti. Perkara ini perlu dielakkan kerana populariti bukanlah satu ramuan wajib buat pemain yang dahagakan kejayaan. Populariti akan hadir kepada pemain disaat kejayaan mula dikecapi.

View this post on Instagram

Happy Sunday 😀✌️

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Pemain bola sepak tempatan seharusnya menjadikan pemain seperti Cristiano Ronaldo sebagai contoh ikutan. Perbandingan gambar atau video yang dikongsi di laman media sosial pemain tempatan dengan pemain bertaraf dunia seperti Cristiano Ronaldo dilihat sangat ketara.

Mentaliti berkelas dunia seperti beliau sepatutnya dipupuk dikalangan pemain terutamanya kepada bakat-bakat muda yang bakal menempa nama pada satu hari nanti. Ianya sangat penting demi menjamin masa depan dan menjaga kualiti permainan mereka diatas padang.

Oleh yang demikian, para pemain bola sepak tempatan perlu bertanggungjawab dan cakna atas apa yang dikongsikan di laman media sosial mereka. Mereka perlu ingat bahawa laman media sosial juga merupakan ruang awam yang berpotensi  menimbulkan fitnah atau gosip seterusnya membunuh karier mereka.