Futsal

Menjelang Kejuaraan Futsal AFF 2019

Pasukan futsal kebangsaan bakal menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019 yang akan berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam pada 21 hingga 27 Oktober 2019. Ketua jurulatih, Chiew Chun Yong telah menamakan seramai 20 pemain bagi mewakili pasukan futsal kebangsaan.

Majoriti pemain yang terpilih adalah daripada pasukan Selangor, Pahang, Perak, dan Melaka. Kriteria pemilihan pemain adalah berdasarkan prestasi semasa mereka bersama pasukan yang diwakili dalam Liga Premier Futsal Malaysia yang masih berlangsung sehingga 29 September 2019.

Malaysia bakal berentap dalam kejohanan jemputan empat penjuru ‘The Belt and Road Cup CFA International Futsal Tournament 2019’ yang akan berlangsung di Chengdu City, China. Ini merupakan salah satu persiapan pasukan futsal kebangsaan sebelum berlepas ke Vietnam bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019.

Semestinya, peminat sukan futsal tempatan mengharapkan kejayaan dibawa pulang ke tanah air. Malaysia yang kini menduduki tangga ke-54 ranking futsal dunia diundi bersama Vietnam, Indonesia, dan Australia dalam kumpulan B.

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, 22 August 2017

Khidmat pemain berpengalaman seperti Khairul Effendy masih menjadi sandaran utama skuad futsal kebangsaan. Disamping itu, Chiew Chun Yong juga memberi kepercayaan kepada beberapa muka baru seperti Akmal Hakimi, Danial Abdul Dain, dan Muhammad Awaluddin bagi menguatkan lagi pasukan futsal kebangsaan. Kombinasi pemain muda dan berpengalaman dalam skuad kebangsaan dijangkakan akan memberi ancaman yang hebat kepada pasukan lawan.

Setiap pemain perlu konsisten dalam persembahan yang ditampilkan serta perlu lebih berhati-hati ketika menghadapi kejohanan jemputan empat penjuru ‘The Belt and Road Cup CFA International Futsal Tournament 2019’ yang merupakan perlawanan persiapan agar pemain-pemain tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Semoga pasukan kebangsaan berjaya mengharumkan nama Malaysia pada kedua-dua kejohanan yang disertai.