Luar Negara Berita

Stan Collymore dedah kenapa Pukki begitu popular di Malaysia

Penyerang sensasi Norwich City, Teemu Pukki mendapat liputan meluas di Malaysia sejak beliau meledakkan lima gol dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris dan turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Ogos.

Selepas mengharungi musim cemerlang di Norwich dalam Liga Kejuaraan, beliau terus menerus memberi aksi terbaik sepanjang diturunkan beraksi di liga utama.

Walau bagaimanapun, terdapat cerita menarik yang membuatkan semua mata terarah kepada pemain kebangsaan Finland ini. Ia disebabkan namanya yang membawa maksud kurang baik.

Perkara ini telah diceritakan sendiri oleh pengkritik sukan Stan Collymore yang pernah bertandang ke Kuala Lumpur untuk membuat liputan bersama-sama dengan Stadium Astro.

Collymore yang pernah bermain untuk Liverpool sebelum ini ditanya ketika mesyuarat bersama-sama dengan pasukan produksi untuk rancangan tv ;

“Jadi, saya di Kuala Lumpur mengadakan mesyuarat production dengan pasukan. ‘Stan, anda tahu tentang maksud Pukki di Malaysia? ”

“Tidak, apa maksud?”

“Err, Pukki sedang trend di Malaysia …. ‘

“Kenapa !!”

“[namanya] bermaksud p*****  dalam Bahasa Melayu.”

Beliau yang kini bertugas selaku ‘pundit’ dalam saluran Sukan Astro terlibat dalam perbincangan bola sepak berkaitan strategi dan formasi setiap pasukan. Beliau juga turut memberi pandangan dan kritikan kepada pasukan di kaca televisyen Astro.

Kini berita mengenai nama Pukki telah mendapat liputan meluas di kalangan media antarabangsa apabila perkara itu didedahkan oleh Collymore.

Tetapi tidak dinafikan bahawa namanya telah menjadi bualan mulut setiap rakyat Malaysia seperti mana bakatnya yang telah menyumbang lima gol kepada Norwich.

Kemampuan beliau untuk mencari ruang dan membantu Norwich sebagai pendatang baharu Liga Perdana turut mendapat perhatian sehingga dinobatkan pemain terbaik bulan August.