Luar Negara Berita

Salah buat Mane geram

Sadio Mane dilaporkan berang dengan Mohamed Salah kerana tidak memberi bola kepadanya ketika Liverpool turun menentang Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Ketika Liverpool sudah mendahului dengan 3-0, Mohamed Salah mempunyai peluang untuk memberikan bola kepada Sadio Mane.

Walau bagaimanapun, beliau mengabaikan Sadio Mane dan membawa bola itu masuk ke dalam tetapi kantoi dengan pertahanan lawan.

Mane ketika keluar nyata menunjukkan kemarahannya kepada Salah kerana tidak memberi bola kepadanya ketika beliau bebas tidak dikawal oleh pemain lawan.

Peluang menjaringkan gol itu disia-siakan oleh Salah dan Mane tidak bersembunyi daripada kekecewaan itu sehingga perlu dipujuk oleh pemain senior di dalam pasukan, James Milner.