Luar Negara Berita

Neymar mahu kekal?

Drama perpindahan Neymar keluar daripada kota Paris bakal sampai ke penghujungnya apabila beliau dikhabarkan akan kekal bersama Paris Saints-Germain (PSG), lapor Marca.

Pemain itu dikhabarkan sudah berputus asa dan akan kekal bagi musim ini memandangkan Barcelona masih gagal meletakkan tawaran yang PSG mahukan.

Laporan daripada L’Equipe turut menyebut bahawa Neymar sudah memberitahu keluarganya bahawa beliau akan kekal di ibukota Perancis.

Setakat ini, agen pemain akan memberitahu kedua-dua kelab bahawa dia akan meneruskan bola sepak di PSG