Luar Negara Berita

Gareth Bale bagi Zidane pening kepala

Zinedine Zidane meletakkan Bale di kesebelasan utama biarpun sebelum ini bertiup kencang masa depan yang tidak menentu dari pemain kelahiran Wales.

Gareth Bale berjaya menjaringkan dua gol untuk memastikan satu mata berpihak kepada Real Madrid ketika mereka seri 2-2 dengan Villareal.

Tetapi perlawanan tersebut berakhir dengan nota yang kurang enak apabila beliau dilayakkan kad kuning kedua sekaligus menerima kad merah.

Terdapat beberapa reaksi dari sosial media selepas beliau menjaringkan dua gol serta menerima kad merah ;

Bale gagal menjaringkan gol pertama untuk La Liga sejak Mac lalu selepas menjaringkan gol mudah pada babak pertama. Dia kemudia menjaringkan gol kedua pada minit ke-86 bagi menyelematkan Real Madrid daripada tewas.

Selang beberapa minit selepas itu, Bale dilayangkan kad merah.