Kolum

Rekod Barca tanpa Messi sangat membimbangkan

Barcelona hanya berjaya mencatat satu kemenangan dalam tiga perlawanan pembukaan apabila seri dengan Osasuna, Sabtu lalu ketika Lionel Messi terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Empat mata berjaya dikumpulkan setakat ini, anak buah Ernesto Valverde telah mencatatkan rekod yang membimbangkan dalam lapan perlawanan di mana Lionel Messi terpaksa diketepikan.

Dengan hanya satu kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir Lionel Messi terlepas, juara Sepanyol itu jelas masih berharap dengan bintang Argentina tersebut.

Sejak November 2018 Messi telah terlepas lapan perlawanan dan Barca hanya menang ketika bertemu Real Betis minggu lalu dan berikut adalah perlawanan-perlawanan yang Messi terlepas.

  • 6 November, 2018 – Inter Milan 1-1 Barcelona
  • 10 Januari 2019 – Levante 2-1 Barcelona
  • 23 Januari 2019 – Sevilla 2-0 Barcelona
  • 13 April 2019 – Huesca 0-0 Barcelona
  • 4 Mei 2019 – Celta Vigo 2-0 Barcelona
  • 16 Ogos 2019 – Athletic Bilbao 1-0 Barcelona
  • 25 Ogos 2019 – Barcelona 5-2 Real Betis
  • 31 Ogos 2019 – Osasuna 2-2 Barcelona

Barca terpaksa turun pada aksi pra musim tanpa nombor 10 disebabkan kecederaan betis dan memulakan musim ini tanpa juga tanpa Messi ketika mereka berhadapan dengan Athletic Bilbao.