Piala Malaysia Berita

Pahang ke suku akhir, Felda United bangkit

Pahang menjadi pasukan pertama yang layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas mudah menewaskan sabah 1-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Pahang sebelum ini hadir dengan rekod tanpa kalah dalam peringkat kumpulan telah berjaya mengutip mata maksimum dengan 12 mata untuk mengungguli Kumpulan C.

Walau bagaimanapun, Pahang perlu menunggu sehingga babak kedua untuk memperoleh gol kemenangan menerusi penyerang import, Dickson Nwakaeme pada minit ke-57.

Sabah cuba untuk bangkit menerusi beberapa asakan ke kubu Pahang, tetapi gagal menjelmakan jaringan apabila pertahanan kental Pahang bersedia untuk menafikan serangan Sabah.

Felda United berjaya menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya setelah menang ke atas Melaka United 3-1 pada aksi Kumpulan D Piala Malaysia 2019.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat itu menyaksikan Felda United ketinggalan sebelum bangkit menewaskan anak buah Zainal Abidin.

Jaringan kapten pasukan, Hadin Azman berjaya menewaskan penjaga gol Melaka pada minit-minit akhir babak pertama sebelum jaringan kedua oleh Muhammad Danial Amier Nurhisham dan Hadin menambah luka pelawat.

Kekalahan ini menyaksikan MU belum dapat mengesahkan tempat mereka di pusingan kalah mati.