
Penggodam dalam talian cuba mencuri £ 1.86 juta daripada bayaran pemindahan bintang baharu Spurs, Tanguy Ndombele dari kelab lama beliau, Amiens, menurut laporan media di Perancis.
France Bleu Picardie melaporkan bahawa kelab Perancis itu menjadi mangsa percubaan untuk menyedut peratusan wang jualan Ndombele.
Ndombele menyertai Spurs dari Lyon dengan harga £ 55million dan pasukan lama pemain kelahiran Perancis, Amiens mempunyai hak dalam harga jualan yang diletakkan oleh Lyon.
REVEALED: Hackers tried to steal £1.9m from Amiens after Ligue 1 minnows profited from Tanguy Ndombele's move to Tottenham https://t.co/icxrqtoqK2 pic.twitter.com/YgaBPmHYTm
— Mail Sport (@MailSport) August 13, 2019
Laporan itu mendakwa bahawa e-mel rasmi kelab Amiens telah digodam pada 3 Ogos ketika mereka beraksi menentang Leganes dalam aksi persahabatan.
Invois hampir dipintas dan terdapat cubaan untuk memindahkan dana tersebut ke salah sebuah akaun di Sepanyol.
Laporan itu turut menyebut bahawa pemindahan wang tersebut berjaya disekat lebih awal dan kertas siasatan polis telah dibuka sejurus selepas kejadian tersebut.