Luar Negara Berita

Adakah Adrian layak dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan?

Adrian – yang menyertai Liverpool pada perpindahan percuma minggu lalu dan dijangka akan kurang mendapat tempat di dalam kesebelasan utama Jurgen Klopp di angkat sebagai hero selepas kecederaan yang di alami oleh Alisson Becker.

Bekas pemain West Ham telah mengekang penalti Tammy Abraham untuk memberi Liverpool piala pertama mereka musim ini.

Sadio Mane mungkin menjadi watak penting kepada Liverpool selepas dua jaringan beliau berjaya meletakkan Liverpool hampir memenangi Piala Super tanpa menunggu penentuan sepakan penalti.

Tetapi prestasi yang ditampilkan Adrian dalam masa sembilan hari beliau menyarung jersi Liverpool, perlu diberikan perhatian.

Beberapa aksi menyelamat yang cukup mengagumkan buat Adrian selama 12o minit perlawanan – paling penting adalah bagaimana beliau menyelematkan cubaan Mason Mount pada masa tambahan.

Adrian berjaya meletakkan motivasi yang tinggi pada penentuan sepakan penalti dan memberi piala pertama buat Liverpool.