Malaysia Berita

Nasib Lim Teong Kim bagai telur di hujung tanduk

Dengan kontrak Lim Teong Kim yang hampir tamat dan kerusi Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari bakal dikosongkan, siapakah yang bakal mengambil alih tugas ini?

Selepas enam tahun mengendali AMD, bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich dilaporkan tidak akan dilanjutkan kontraknya.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh BH Sukan, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) selaku badan pengendali program terbabit seperti sudah mempunyai calon untuk menggantikan Lim Teong Kim.

Walau bagaimanapun, MSN mengambil sikap mengunci mulut mengenai individu yang bakal mengambil tempat Teong Kim selepas kontrak beliau tamat dan akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Untuk rekod, kegagalan Teong Kim membawa skuad Malaysia ke Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) ke Brazil tahun ini telah menjadi punca pelbagai pihak mengkritik dan mempersoalkan kewibawaan beliau.