Luar Negara Berita

Adakah ini cara Arsenal sisihkan Ozil dan Kolasinac dari skuad utama?

Mesut Ozil dan Sead Kolasinac tidak akan turut serta bersama skuad Arsenal bagi perlawanan menentang Newcastle pada hari Ahad ini kerana “isu keselamatan” yang disiasat oleh polis.

Kedua-dua pemain sebelum ini terlibat dalam cubaan rompakan di Golders Green, utara London, bulan lepas.

Mereka juga tidak diturunkan ketika bertemu Lyon pada hujung minggu lalu dan dilihat bakal diturunkan ketika bertemu Newcastle pada aksi pembukaan liga.

Walau bagaimanapun, Arsenal mengeluarkan satu kenyataan bahawa kedua-dua pemain tidak akan turut serta menuju ke St James ‘Park.

Kenyataan itu berkata: “Mesut Ozil dan Sead Kolasinac tidak akan menyertai skuad [utama] untuk perlawanan pembukaan menentang Newcastle United berikutan isu keselamatan yang masih disiasat oleh polis

“Kebajikan pemain dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan kami mengambil keputusan ini selepas perbincangan dengan pemain dan wakil mereka.” Kata kenyataan terbabit.