Luar Negara Berita

Video – PSG sedia selamatkan Dybala yang kesedihan

Walaupun rundingan di antara Paulo Dybala dan Manchester United telah tamat, Dybala masih mempunyai peluang untuk bergerak keluar dari Juventus dengan menyertai Paris Saint-Germain atau Inter Milan.

SkySport Italia memberitahu bahawa perjanjian untuk membuat pertukaran di antara Romelu Lukaku dan Dybala gagal mencapai seperti apa yang diinginkan.

Dengan pemain Argentina menjelaskan bahawa beliau tidak mengimpikan untuk membuat perpindahan ke Old Trafford dan Reds Devils telah memutuskan untuk menghentikan rundingan dengan Juventus.

Walau bagaimanapun, bintang berusia 25 tahun ini tetap akan meninggalkan Turin kerana beliau dilaporkan kecewa dengan layanan yang diberikan Juventus kepada beliau.

Pemain sayap Argentina masih boleh melakukan perpindahan ke kelab Liga Juara-Juara atau kelab yang sesuai dengan gaya bola sepaknya.

Tambahan daripada itu, SkySport Italia melaporkan bahawa Paris Saint-Germain bersedia untuk membawa masuk beliau yang telah menjadi buruan gergasi Perancis.

Satu lagi alternatif untuk Dybala ialah menyertai Inter Milan dan membuat pertukaran dengan Mauro Icardi.

Juventus masih mempunyai masa untuk menyelesaikan perpindahan Dybala kerana jendela perpindahan Serie A akan ditutup pada 2 September nanti.