Luar Negara Berita

Video – Puyol dedah tolak dua tawaran sertai Real Madrid

Bekas kapten Barcelona, Carles Puyol mendedahkan bahawa beliau telah menolak dua tawaran untuk menyertai Real Madrid sewaktu beliau masih bermain.

Los Blancos hadir dengan tawaran lumayan pada musim 2001/02 dan 2004/05 tetapi ditolak mentah oleh Puyol yang juga bekas kapten pasukan kebangsaan Sepanyol.

Pemenang Piala Dunia 2010 mendedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan Marca bahawa Madrid hadir dengan tawaran untuk mendapatkan beliau dan juga bintang Brazil, Ronaldhino.

“Real Madrid melantik [Jose Antonio] Camacho sebagai jurulatih baru mereka dan dia mahu saya dan Ronaldinho.

“Mereka cuba menandatangani saya dua kali, tetapi saya berada di kelab terbaik dunia dan mahu memenangi gelaran di sana.

“Jadi saya kekal.”

Puyol akhirnya memilih untuk kekal dan bersara di Barcelona selepas membuat 481 penampilan buat Barcelona C, Barcelona B dan pasukan utama Barcelona.