Luar Negara Berita

Video – Alisson Becker ikut perangai Loris Karius?

Persembahan cemerlang Alisson Becker sepanjang tahun lalu telah membuatkan peminat Liverpool melupakan Loris Karius.

Namun pada aksi terbaharu ketika menentang Lyon, Alisson telah mengembalikan ingatan peminat Reds kepada bayangan Karius selepas membuat kesilapan mudah ketika perlawanan pra musim.

Perlawanan yang baharu masuk minit ke-2 telah menyaksikan kedua-dua pasukan seimbang dalam pemburuan gol pendahuluan.

Kesilapan Alison hadir ketika mana beliau cuba menangkap bola dari hantaran pertahanan kiri Lyon, tetapi gagal menangkap dengan kemas sebelum pemain penyerang Lyon, Dembele hadir dan memenangi sepakan penalti, di mana Memphis Depay menjaringkan gol.

Liverpool, bagaimanapun, bangkit untuk memenangi perlawanan tersebut dengan tiga gol dari Roberto Firmino dan Harry Wilson dan gol sendiri Joachim Anderson.