Kedah dilihat bakal memberi cabaran besar buat Felda United FC menjelang pertemuan aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, malam esok.
Bermain di halaman sendiri dan bakal menurunkan barisan terkuat mereka, Kedah dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk mengatasi cabaran Felda United.
Tambahan daripada itu, aksi kurang konsisten Felda United dalam kancah Liga Super sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada kelebihan yang dimilik Kedah.
Tetapi itu tidak mematahkan semangat pengendali skuad The Fighters, Mohd Nidzam Jamil sambil beliau meminta para untuk fokus pada perlawanan esok.
Biarpun turun tanpa tiga pemain utama – Thiago Aquino, Masaki Watanabe dan Khairul Amri Kamal – itu bukanlah alasan buat Felda tidak membawa bekalan selesa.
“Tiga pemain ini ada atau tidak, bukan bermakna kita sudah mengalah… lagi pun FELDA United masih memiliki pemain yang sedia diturunkan bila-bila masa apabila khidmat mereka diperlukan.
“Walaupun saya akui, kehilangan tiga tonggak utama ini akan menjejaskan sedikit persembahan pasukan, tapi kita akan berikan persembahan terbaik dalam usaha menafikan kemenangan Kedah,” katanya.