Luar Negara Berita

Tingkah laku Lingard di media sosial undang reaksi kurang senang penyokong United

Ian Holloway dan para penyokong Manchester United telah menyelar Jesse Lingard kerana tingkah lakunya di media sosial dan meminta Manchester United untuk menjual pemain tersebut.

Pemain tengah United, 26, merekodkan satu video sambil menunjuk kawasan sekitar kediamannya di Miami sambil melemparkan kata-kata kesat.

Bagi Ian Holloway yang pernah bermain untuk Queens Park Rangers, perbuatan pemain tersebut tidak boleh diterima dan meminta United untuk mengambil tindakan terhadapnya.

“Apabila anda pemain bola sepak profesional, anda mewakili negara anda setiap hari,” katanya pada talkSPORT.

“Dia dibesarkan melalui rejim Sir Alex Ferguson. Dia harus tahu bagaimana untuk bertindak sepanjang masa.

“Dia telah menyiarkannya sendiri dan meletakkannya di media sosial sendiri. Jadi, bagi saya, tidak ada jalan balik.

“Pengurus dan kakitangannya perlu selesai [perkara tersebut], itu tidak boleh diterima, saya akan meletakkan [beliau] di dalam senarai perpindahan.

“Dia telah melupakan siapa dia dan apa artinya kontraknya. Dalam kontraknya, akan [ada] perkara yang menyatakan, ‘Anda tidak [boleh] membawa kelab itu menjadi tidak baik.’

“Dia boleh dipecat untuk itu.”katanya

Manakala rata-rata pengguna Twitter yang menonton video tersebut menyatakan rasa kurang senang dengan pemain muda United tersebut.