Luar Negara Berita

Frank Lampard sedia kembali ke Chelsea

Penjaring sepanjang masa Chelsea, Frank Lampard kini sedang berada dalam radar kelab terbabit selepas mempersembahkan musim yang baik di Liga Kejuaraan, di mana berjaya membawa pasukannya ke peringkat play-off.

Bagi Maurizio Sarri, dikhabarkan beliau sudah bersetuju untuk menyertai Juventus dan Chelsea bersedia melepaskan beliau bagi memberi jalan kepada Lampard untuk kembali ke kelab sebagai pengurus.

The Independent melaporkan bahawa Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici sudah berada di London beberapa hari terakhir ini bagi merunding dengan Chelsea.

Chelsea dikhabarkan mahu menuntut pampasan jika Juventus berminat untuk mendapatkan Sarri seperti mana Chelsea mendapatkan khidmat beliau ketika di Napoli.